Assalamualaikum
w.b.t
Kepada,
___________________________
___________________________
___________________________
___________________________
Tuan/Puan,
JEMPUTAN
MENGHADIRI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
TAHFIZ AN NUR SETIU 2017
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas;
2. Kompleks
Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran, Tahfiz An Nur, Sungai Tong, Setiu Terengganu
akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Majlis Aidilfitri berserta Majlis Ihtifal
kali ke-4 bagi meraikan kejayaan seorang lagi pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan
hafazan 30 juzuk dalam penggal pertama sesi 2017 ini sebagaimana ketetapan
berikut:
Tarikh : 14hb Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20
Syawal 1438H
Masa : 6.00 Pagi hingga 12.45 Tengahari
Tempat : Tahfiz
An Nur Setiu, Kampung Desa Jaya, Sungai Tong,
21500, Setiu,
Terengganu.
3. Sehubungan dengan itu, pihak Tahfiz
An-Nur Setiu amat mengalu-alukan kehadiran daripada pihak tuan/puan bersama
ahli keluarga masing-masing untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri & Ihtifal pada kali ini.
4. Bersama dengan surat ini kami lampirkan
aturcara majlis untuk perhatian dan makluman pihak tuan/puan bagi melancarkan
dan memudahkan proses perjalanan program yang dianjurkan pada kali ini. Segala
perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullah
Khairan Kathira.
Sekian. Terima kasih
…………………………………….
Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor
Pengerusi Kompleks Pendidikan An Nur,
Tahfiz An Nur Setiu, Kg. Desa Jaya,
21500, Sungai Tong Setiu,
Terengganu Darul Iman.
Pautan:
https://www.facebook.com/TahfizAnNur/
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1553114704752622&set=a.508033085927461.1073741840.100001623215483&type=3&theater
Tiada ulasan:
Catat Ulasan